Tuesday, May 17, 2016

CEMAS BAYI DILAHIRKAN DALAM BAS EKPRESS

LANCHANG 16 MAY 2016. Seorang wanita dalam linkungan 20-an menempuh detik cemas apabila melahirkan bayi perempuan di dalam sebuah ekspres di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. NSTP/IHSAN PEMBACA

Seorang penumpang wanita berusia lingkungan 20-an selamat melahirkan bayi perempuan dalam sebuah bas ekspress di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Lancang, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Difahamkan, wanita terbabit menaiki bas berkenaan bersama seorang rakannya untuk bertemu suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur.

Memetik laporan BH Online!, pemandu bas berkenaan, Mohd Zaid Yusoff, 37, berkata bas dipandunya bertolak dari Terminal Sentral Kuantan ke KL pada 7.45 pagi tadi.

Sebaik sahaja tiba di Lanchang, dia dimaklumka terdapat seorang wanita di dalam bas itu sakit sebelum memberhentikan kenderaan di tepi lebuh raya bagi melihat keadaan wanita terbabit.





“Wanita terbabit memberitahu perutnya sakit dan ketika itu baru saya menyedari dia mengandung apabila melihat keadaan perutnya yang besar.

“Saya mengambil bantal untuk untuk dialaskan di kepalanya dan tidak sampai lima minit wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan sambil dibantu beberapa penumpang yang lain,” katanya.

Mohd Zaid kemudian meneruskan perjalanan hingga ke hentian sebelah Lancang sebelum sebelum ambulans tiba dan membawa ibu serta bayi itu untuk menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

No comments:

Post a Comment