Tuesday, May 17, 2016

HEBAT ...!REMAJA MALAYSIA MAMPU BELANJA SEJUTA SEHARI DILUAR NEGARA

Pelajar M'sia 'Jutawan' Belanja Hampir RM1 Juta Sehari Di Butik

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia di Australia yang menerima wang A$4.6 juta (RM13.8 juta) daripada bank secara tidak sengaja, didakwa telah membelanjakan wang itu untuk membeli tas tangan berjenama, pakaian, barang kemas dan penyedut hampagas mewah.

Sydney Morning Herald pada Ahad mengeluarkan senarai panjang transaksi pembelian yang dilakukan Christine Jiaxin Lee, 21, selepas bank Westpac memberi overdraf bank tanpa had ke dalam akaunnya tanpa sengaja.

Menurut dokumen mahkamah, pelajar Kejuruteraan Kimia itu telah berbelanja AS$310,000 (RM930,000) dalam masa sehari sahaja di lima buah butik berjenama.

Lee dikatakan telah diberi overdraf tanpa had apabila dia membuka akaun bank dengan Westpac pada bulan Ogos 2012 tetapi hanya menyedari perkara tersebut pada Julai 2014.

Sejak tarikh itu, dia telah menghabiskan sejumlah A$4.6 juta (RM13.8 juta) dalam beratus-ratus transaksi untuk membeli pakaian berjenama dan beg tangan mewah dalam tempoh 11 bulan seterusnya tinggal di sebuah pangsapuri elit di Sydney, Australia.

Dalam dokumen itu, Westpac menggariskan 79 barangan dan 50 transaksi perniagaan yang dipercayai dibuat melalui overdraf, dan dikatakan banyak lagi transaksi yang belum dapat dikesan setakat ini.

Antara pembelian barangan mewah yang direkodkan adalah 16 buah tas tangan Christan Dior, 4 tas tangan Hermes, 13 selendang Hermes, 2 telefon pintar, 3 kamera digital, beberapa biji bantal bulu kambing jenama Chanel dan sebuah penyedut hampagas Dyson.


Berdasarkan senarai yang dikumpulkan daripada transaksi pembelian dalam kedai, Lee telah membelanjakan A$716,640 (RM2.1 juta) di Christian Dior, A$249,050 (RM747,150) di Chanel dan A$48,055 (RM144,165) di Hermes antara Januari dan April tahun lalu.

Pada mulanya dia dilaporkan hanya menggunakan akaun PayPal untuk membeli barangan secara online tetapi akhirnya memindahkan wang ke akaun bank lain dan menggunakannya untuk berbelanja secara mewah sebanyak 20 kali pada awal tahun 2015, dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah A$1.2 juta (RM3.6 juta).

Lee ditahan di lapangan terbang Sydney minggu lalu selepas menerima pasport kecemasan untuk terbang pulang ke Malaysia.

Dia didakwa kerana mendapatkan manfaat kewangan dengan penipuan secara tidak jujur dan sengaja berurusan dengan hasil jenayah.

Majistret Lisa Stapleton membela tuduhan terhadap Lee, dengan menyatakan bahawa dia tidak melanggar undang-undang.

Walau bagaimanapun, Lee dilaporkan telah berulang kali cuba mengelak daripada bank, polis dan mahkamah sebelum penahanannya.

Pada April 2015, Westpac menyedari kesilapan mereka dan segera membekukan akaun Lee serta memberi notis mahkamah di mana dia kemudiannya menyerahkan 27 barangan mewah bernilai kira-kira A$1 juta (RM3 juta).

Mahkamah Agung Australia kemudian mengeluarkan perintah membenarkan Westpac menyita sebarang aset untuk membayar balik baki hutang dan selepas tujuh percubaan menghubunginya, Lee diberi satu notis bankrap dan saman oleh Mahkamah Persekutuan namun Lee tidak hadir di mahkamah dan dilaporkan hilang dari apartmennya.

Polis kemudian mengeluarkan waran penahanannya pada Mac, iaitu pada tarikh hampir sama Lee memohon pasport kecemasan seterusnya ditahan di lapangan terbang.

No comments:

Post a Comment