Kuala Sentul Di Hati FM

Thursday, May 19, 2016

PERLUAS RANGKAIAN WANITA


EXCO kerajaan negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin peka dengan potensi keupayaan wanita dalam bidang keusahawanan.

Wanita, katanya, tidak kira dari lapisan mana sekalipun - berpendapatan rendah, sederhana, bahkan yang berduit pun - boleh berjaya asalkan rajin, kreatif dan bekerja keras.

Shahaniza menarik perhatian Utusan Malaysia dalam pertemuan di ibu negara baru-baru ini me­ngenai perniagaan sekecil menjual kerepek.

“Katakan anda bermodalkan hanya RM50 (kerepek yang dibeli dalam kilogram) + RM10 (pembungkusan plastik) sebelum dibungkus kecil-kecil dan dijual. Dengan kerepek bernilai RM50 tadi, seseorang usahawan itu mampu mencapai sehingga 20 plastik.

“Keuntungan RM1,000 sebulan dari perniagaan kerepek, itu boleh dibuat perniagaan yang berkembang pesat sekarang, contohnya, busana muslimah atau kosmetik (kesihatan dan kecantikan).

“Kalau kita buat jubah, contoh­nya, satu jubah kosnya RM100 (kain + jahit + pembungkusan + pemasaran) dan kita jual RM200. Jadi, dalam RM1,000 kita boleh buat 10 jubah dan dapat jualan RM2,000,” katanya.

Begitu juga dengan perniagaan tudung, kata Shahaniza:

“Katakanlah secara purata terdapat lapan juta wanita beragama Islam di negara ini. Dengan kata lain, potensi pelanggan anda adalah seramai lapan juta orang.

“Sekiranya diambil kiraan kasar, setiap seorang membeli sehelai tudung berharga RM20 setiap bulan, maka 8,000,000 orang x RM20 = RM 16,000,000 sebulan. Kalau RM16,000,000 x 12 bulan = RM192,000,000 setahun.

“Secara kasarnya, mengikut kiraan di atas, saiz pasaran adalah lebih kurang 200 juta setahun,” katanya.

Bertitik tolak dari keprihatinan inilah, kata Shahaniza, Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Pahang yang diketuai beliau dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terpanggil untuk menganjurkan Festival Dari Wanita Untuk Wanita 2016.

Selama empat hari bermula esok 19 Mei, Dataran Temerloh, Pahang, iaitu tempat berlangsungnya festival dijangka dibanjiri kira-kira 250,000 pengunjung.

“Program berskala besar ini belum pernah dilihat di Temerloh dan ia bukan semata-mata mengetengahkan peluang-peluang keusahawanan kepada wanita, malah kami menyajikan 19 acara lain dengan pendekatan santai dan bermaklumat. Matlamatnya hendak mengembangkan rangkaian melibatkan wa­nita,” katanya.

Shahaniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul berkata, pihaknya mahu mengimplementasikan dasar-dasar kerajaan yang mahukan wanita menjadi ejen pemangkin yang lebih berkesan kepada masyarakat sama ada dari segi ekonomi, kesihatan, sukan dan agama.

Kata beliau: “Taraf literasi wa­nita semakin meningkat dengan golongan itu mewakili satu pertiga daripada keseluruhan tenaga kerja, justeru suatu kerugian besar jika ruang dan peluang untuk berkembang maju tidak digerakkan.

“Penganjuran festival ini akan memberi pelbagai faedah serta peluang baharu mahu pun sedia ada dan seterusnya dapat memimpin golongan wanita khususnya di Pahang untuk lebih maju di masa akan datang.

“Penyertaan wanita dari luar Pahang turut kami alu-alukan. Kita berkumpul supaya dapat ber­kenalan, bertukar-tukar fikiran dan mempromosikan produk masing-masing,” katanya.

Katanya, festival berkenaan akan memberi ruang kepada golongan kecil seperti ibu tunggal untuk menjual dan memasarkan produk mereka bukan sahaja di peringkat negeri, bahkan ke seluruh negara.

Setakat ini, terdapat kira-kira 2,000 ibu tunggal berdaftar dengan kerajaan negeri dan pihaknya akan mempergiatkan lagi usaha bagi memastikan golongan itu tidak tersisih daripada arus pembangunan.

“Perniagaan yang berteraskan produk dan penglibatan wanita se­perti tudung, busana muslimah, kosmetik dan makanan beku kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

“Mereka tidak lagi menjurus perniagaan tradisi tetapi sudah terkehadapan dengan penyertaan dan minat daripada badan-badan korporat.

“Di sini saya tidak lupa untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Bank Rakyat yang turut terlibat menaja program festival ini,” katanya.

Antara acara menarik disediakan sepanjang festival berlangsung ialah sukan rakyat, belon udara, ceramah agama disertai ustaz Don (8.45 malam 19 Mei), konsert, ferris wheel, Pahang Idol, aspirasi wanita dan selebriti, pemeriksaan kesihatan percuma serta kursus keusahawanan.

Turut menarik perhatian pe­ngunjung nanti cabutan bertuah, kenduri rakyat, senamrobik zumba, air inflatables, lady bikers, pa­meran, pertandingan kanak-kanak, bola jaring, busana Muslimah, bola sepak artis fan wayang pacak.

Festival mendapat kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Majlis Perbandaran Temerloh, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Tekun Nasional, SME Corp., Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Mara, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Pelitawanis Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Penganjuran festival, kata beliau, juga bertepatan dengan sambutan Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Jururawat bulan ini.

Sebuah portal dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang iaitu Wanita Mall juga akan dilancarkan yang berfungsi sebagai pusat pe­ngumpulan data kepada usahawan wanita di Pahang bagi menyalurkan input, tips dan maklumat berkaitan keusahawanan.

“Idea ini timbul apabila kita lihat setiap kali diadakan karnival keusahawanan, kebiasaannya ia dibuat dalam bentuk skala kecil yang tidak dapat mempromosikan sepenuhnya produk usahawan wanita ini,” katanya.

Beliau menjangkakan lebih 200,000 pengunjung menghadiri festival ber­kenaan yang menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM100,000.

“Selain gajet, barang elektrik, kami juga menyediakan hadiah utama sebuah kereta Perodua Axia dan tiga buah motosikal Demak kepada pe­ngunjung bertuah,” kata Shahaniza.

sumber


Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 9:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Festival Wanita Untuk Wanita, Shahaniza Hj Shamsuddin, Temerloh, Tempatan

Wednesday, May 18, 2016

TIPS UNTUK MELANJUTKAN USIA

Wanita Usia 120 Tahun Dakwa Dia Individu Tertua Dunia


SEORANG wanita di Rusia mendakwa dirinya dalah individu tertua di dunia dengan berusia 120 tahun.

Pendedahan wanita bernama Tanzilya Bisembeeva ini ternyata mengejutkan dunia kerana gelaran itu kini adalah milik Emma Morano yang berusia 116 tahun.

BACA: Emma Morano Kini Bergelar Wanita Tertua Dunia

Tanzilya yang berasal dari perkampungan Islamgazy, selatan Rusia turut membuktikan umurnya itu dengan dokumen pengenalan dirinya.


                                                              TANZILYA BISEMBEEVA

Menurut dokumen pengenalan tersebut, Tanzilya dilahirkan pada 3 Mac 1896.

Meskipun usianya sudah lebih 10 dekad, wanita ini masih dalam keadaan sihat dan mampu bercakap dengan baik.

Keluarga wanita itu turut mendedahkan, ibu mereka pertama kali bertemu doktor ketika berusia 100 tahun.

Bercerita bagaimana dia boleh kekal sihat dan panjar umur, Tanzilya memberitahu, rahsianya adalah kasih sayang keluarganya.

Tanzilya mempunyai 3 orang anak lelaki, 10 cucu, dan 24 cicit.

SUMBER


Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 5:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DUNIA, WANITA TERTUA

JANDA "HOT" DAKWA DIGANGGU BEKAS SUAMI

Diganggu Bekas Suami, Fasha Sandha Buat Laporan Polis

TIDAK sampai lima bulan bergelar janda, pelakon Fasha Sandha dikatakan telah membuat laporan polis terhadap bekas suaminya, Jejai gara-gara diganggu.

Fasha bagaimanapun, enggan mengulas lanjut perihal laporan polis berkenaan namun tidak menafikan hal itu.

RESPON-IBU-JEJAI-DAN-NORA-DANISH-BILA-DIDAKWA-PUNCA-KERETAKAN-RUMAHTANGGA-FASHA-SANDHA
“Saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan polis,” katanya.

Sebelum ini, sebuah blog hiburan telah mendedahkan Fasha baru-baru ini ada laporan polis Jejai memasuki kediamannya tanpa kebenaran.

Selain itu, blog tersebut turut melaporkan Jejai sering memantau pergaulan Fasha serta mengugut sesiapa yang berkawan rapat dan keluar dengan bekas isterinya itu.

Pasangan ini telah bercerai dengan talak satu pada bulan Januari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha. – 

sumber


Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 3:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Fasha Sanda, Hiburan, Janda, Jejai

LAGI PESAWAT MALAYSIA TERHEMPAS

Pesawat Latihan TUDM Terhempas Di Nenasi, Pekan

PEKAN – Sebuah pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas berhampiran sawah padi, dekat Kampung Serum, di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian kira-kira jam 12.52 tengah hari dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dan Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan, seramai 11 pegawai dan anggota JBPM terbabit dalam operasi berkenaan.

Berdasarkan maklumat awal, pesawat itu memuatkan dua anggota latihan dan seorang daripadanya mengalami kecederaan patah kaki.

Sementara itu, laporan Buletin TV3 menyebut kedua-dua anggota berkenaan dilaporkan selamat

sumber
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 1:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tempatan, TUDM.

#SIDANG DUN PAHANG 207 MENARA KOMUNIKASI BEROPERASI DI PAHANG


Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 11:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ADUN Kuala Sentul, DUN Pahang, Exco Pahang, Shahaniza Hj Shamsuddin

SIDANG AKHBAR FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA


Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 9:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ADUN Kuala Sentul, Festival Wanita Untuk Wanita, Shahaniza Hj Shamsuddin, Temerloh

Tuesday, May 17, 2016

CIKGU SURAYA YANG "MELETOP"



APA cikgu Suraya ni? Bila tiba sahaja sambutan hari guru pastinya nama ini yang akan memenunuhi ruangan media sosial, terutamanya di Twitter yang penuh dengan ucapan “Selamat hari guru cikgu Suraya“.

Orang kata cikgu Suraya ini legend, lebih-lebih lagi dalam kalangan lelaki. Mustahil pelajar-pelajar lelaki zaman 90-an tidak tahu cerita berkenaan kisah novel Cikgu Suraya kan? Heh.

Kami kongsikan sedikit pengguna-pengguna Twitter yang rata-ratanya ‘peminat’ setia cerpen tersebut.





Cikgu Suraya merupakan watak fantasi sebuah cerpen lucah yang mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Amir yang berzina dengan guru Matematiknya.

Cerpen tersebut sangat popular sehinggakan pada 2014, sebuah trailer untuk filem adaptasi cerpen seks tersebut telah dihasilkan yang mana menerima pelbagai kritikan daripada netizen.

Haa buat sesiapa yang belum membaca cerpen ini bolehlah membacanya dengan hanya menulis kata kunci ‘Cikgu Suraya’ sahaja di enjin carian Google.-


Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 10:00 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Cikgu Suraya, Hari Guru, Nasional

CEMAS BAYI DILAHIRKAN DALAM BAS EKPRESS

LANCHANG 16 MAY 2016. Seorang wanita dalam linkungan 20-an menempuh detik cemas apabila melahirkan bayi perempuan di dalam sebuah ekspres di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. NSTP/IHSAN PEMBACA

Seorang penumpang wanita berusia lingkungan 20-an selamat melahirkan bayi perempuan dalam sebuah bas ekspress di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Lancang, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Difahamkan, wanita terbabit menaiki bas berkenaan bersama seorang rakannya untuk bertemu suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur.

Memetik laporan BH Online!, pemandu bas berkenaan, Mohd Zaid Yusoff, 37, berkata bas dipandunya bertolak dari Terminal Sentral Kuantan ke KL pada 7.45 pagi tadi.

Sebaik sahaja tiba di Lanchang, dia dimaklumka terdapat seorang wanita di dalam bas itu sakit sebelum memberhentikan kenderaan di tepi lebuh raya bagi melihat keadaan wanita terbabit.





“Wanita terbabit memberitahu perutnya sakit dan ketika itu baru saya menyedari dia mengandung apabila melihat keadaan perutnya yang besar.

“Saya mengambil bantal untuk untuk dialaskan di kepalanya dan tidak sampai lima minit wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan sambil dibantu beberapa penumpang yang lain,” katanya.

Mohd Zaid kemudian meneruskan perjalanan hingga ke hentian sebelah Lancang sebelum sebelum ambulans tiba dan membawa ibu serta bayi itu untuk menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

sumber
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 8:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Nasional

HEBAT ...!REMAJA MALAYSIA MAMPU BELANJA SEJUTA SEHARI DILUAR NEGARA

Pelajar M'sia 'Jutawan' Belanja Hampir RM1 Juta Sehari Di Butik

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia di Australia yang menerima wang A$4.6 juta (RM13.8 juta) daripada bank secara tidak sengaja, didakwa telah membelanjakan wang itu untuk membeli tas tangan berjenama, pakaian, barang kemas dan penyedut hampagas mewah.

Sydney Morning Herald pada Ahad mengeluarkan senarai panjang transaksi pembelian yang dilakukan Christine Jiaxin Lee, 21, selepas bank Westpac memberi overdraf bank tanpa had ke dalam akaunnya tanpa sengaja.

Menurut dokumen mahkamah, pelajar Kejuruteraan Kimia itu telah berbelanja AS$310,000 (RM930,000) dalam masa sehari sahaja di lima buah butik berjenama.

Lee dikatakan telah diberi overdraf tanpa had apabila dia membuka akaun bank dengan Westpac pada bulan Ogos 2012 tetapi hanya menyedari perkara tersebut pada Julai 2014.

Sejak tarikh itu, dia telah menghabiskan sejumlah A$4.6 juta (RM13.8 juta) dalam beratus-ratus transaksi untuk membeli pakaian berjenama dan beg tangan mewah dalam tempoh 11 bulan seterusnya tinggal di sebuah pangsapuri elit di Sydney, Australia.

Dalam dokumen itu, Westpac menggariskan 79 barangan dan 50 transaksi perniagaan yang dipercayai dibuat melalui overdraf, dan dikatakan banyak lagi transaksi yang belum dapat dikesan setakat ini.

Antara pembelian barangan mewah yang direkodkan adalah 16 buah tas tangan Christan Dior, 4 tas tangan Hermes, 13 selendang Hermes, 2 telefon pintar, 3 kamera digital, beberapa biji bantal bulu kambing jenama Chanel dan sebuah penyedut hampagas Dyson.


Berdasarkan senarai yang dikumpulkan daripada transaksi pembelian dalam kedai, Lee telah membelanjakan A$716,640 (RM2.1 juta) di Christian Dior, A$249,050 (RM747,150) di Chanel dan A$48,055 (RM144,165) di Hermes antara Januari dan April tahun lalu.

Pada mulanya dia dilaporkan hanya menggunakan akaun PayPal untuk membeli barangan secara online tetapi akhirnya memindahkan wang ke akaun bank lain dan menggunakannya untuk berbelanja secara mewah sebanyak 20 kali pada awal tahun 2015, dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah A$1.2 juta (RM3.6 juta).

Lee ditahan di lapangan terbang Sydney minggu lalu selepas menerima pasport kecemasan untuk terbang pulang ke Malaysia.

Dia didakwa kerana mendapatkan manfaat kewangan dengan penipuan secara tidak jujur dan sengaja berurusan dengan hasil jenayah.

Majistret Lisa Stapleton membela tuduhan terhadap Lee, dengan menyatakan bahawa dia tidak melanggar undang-undang.

Walau bagaimanapun, Lee dilaporkan telah berulang kali cuba mengelak daripada bank, polis dan mahkamah sebelum penahanannya.

Pada April 2015, Westpac menyedari kesilapan mereka dan segera membekukan akaun Lee serta memberi notis mahkamah di mana dia kemudiannya menyerahkan 27 barangan mewah bernilai kira-kira A$1 juta (RM3 juta).

Mahkamah Agung Australia kemudian mengeluarkan perintah membenarkan Westpac menyita sebarang aset untuk membayar balik baki hutang dan selepas tujuh percubaan menghubunginya, Lee diberi satu notis bankrap dan saman oleh Mahkamah Persekutuan namun Lee tidak hadir di mahkamah dan dilaporkan hilang dari apartmennya.

Polis kemudian mengeluarkan waran penahanannya pada Mac, iaitu pada tarikh hampir sama Lee memohon pasport kecemasan seterusnya ditahan di lapangan terbang.

sumber
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 6:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DUNIA

SENARAI TERKINI MANUSIA TERKAYA DI MALAYSIA

kuok


Robert Kuok kekal individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut, dengan aset bersih bernilai US$10 bilion.

Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia, meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia, selain menerusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.

Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat kedua, dengan kekayaan bernilai US$2.3 bilion hingga US$7.4 bilion.

Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang tinggi.


Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas, selepas Netflix memasuki negara pada Januari.

Tan Sri Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga, walaupun aset bersihnya menyusut kepada US$300 juta, berbanding US$5.3 bilion sebelum ini.

Hong Leong Co. (Malaysia) miliki peribadinya, mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.

Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar US, 2016 merupakan tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia.

Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan, manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan berkaitan industri terbabit.

Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi.

Tahun lepas, aset bersih beliau bernilai US$1.55 bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh, selepas penjual jualan singkat yang tidak dikenali berkata, syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis mengumumkann keputusan kewangan lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya.

Walaupun dakwaan ini dinafikan, namun ia sudah terlambat.

Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus kepada US$725 juta.

Hanya enam daripada 50 individu terkaya meningkat tahun ini.

Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset bersih berbilion dolar semakin merosot. Tahun lepas, 16 orang memiliki aset berbilion dolar, namun tahun ini hanya 12 individu.

Tan Sri Vincent Tan berada di tempat ke-17, dengan aset US$900 juta, menyertai Goh yang hilang status ‘billionaire’, manakala saudara lelaki Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan US$975 juta.

Di tempat kesembilan, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, dengan aset bersih bernilai separuh daripada yang dimilikinya tahun lepas, sebanyak US$1.45 bilion, susut daripada US$2.9 bilion.

Enam individu yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah Tan Sri Khoo Kay Peng yang memiliki kepentingan besar dalam Laura Ashley Holdings.

Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon naik ke tempat ke-11, dengan aset bernilai US$1.1 bilion, menyertai senarai baru ‘billionaire’, meningkat berbanding US$120 juta tahun lepas.

Lima nama memasuki senarai tahun ini, termasuk Wong Teek Son yang juga terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di tempat ke-40 dengan US$255 juta.

Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia:

1) Robert Kuok US$10 bilion
2) Ananda Krishnan US$7.4 bilion
3) Tan Sri Quek Leng Chan US$5.3 bilion
4) Tan Sri Teh Hong Piow US$4.65 bilion
5) Tan Sri Lee Shin Cheng US$4.6 bilion
6) Tan Sri Lim Kok Thay US$4.55 bilion
7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay US$2.25 bilion
8) Tan Sri Lau Cho Kun US$1.55 bilion
9) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary US$1.45 bilion
10) Tan Sri Surin Upatkoon US$1.15 bilion

sumber
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 4:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Jutawan Malaysia, Nasional

DEKLARASI RAKYAT HANYA MEMBAWA MALAPETAKA KEPADA PAKATAN HARAPAN

'Deklarasi rakyat bawa perpecahan Pakatan Harapan'

KUALA LUMPUR - Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa sebaliknya membawa perpecahan kepada Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan berkata, ini terbukti apabila Deklarasi Rakyat yang disertai oleh pemimpin Pakatan Harapan telah menyebabkan parti-parti pembangkang dalam PH berpecah belah.

"‎Deklarasi Rakyat bukan Deklarasi Rakyat sebaliknya Deklarasi Elit ia deklarasi cetek dan cacat...kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad memecahkan kita di mana seorang didaktor diangkat oleh rakyat mana logiknya.

"‎Kehadiran Mahathir juga telah memecahkan kita, PKR pecah dua DAP pecah dua, kita NGO berpecah," katanya dalam Debat Perdana Deklarasi: Mana Pergi Rakyat? di Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina Kuala Lumpur hari ini.

Dakwanya oleh itu, Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa, sebaliknya membawa 'malapetaka' kepada PH.

"Deklarasi rakyat tidak mengubah apa-apa ia hanya menghancurkan kita,"katanya.

Debat Perdana dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membabitkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan; bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan; Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (penyokong Deklarasi Rakyat) sementara bagi pembangkang Deklarasi Rakyat diwakili Aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin

sumber
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 2:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pakatan Harapan, Politik

PEMAIN BOLASEPAK JDT DISYAKI MILIKI PISTOL..?

Safee Sali


JOHOR BAHRU - Pemain bola sepak JDT, Safee Sali mengakui terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan sepucuk pistol bersama 30 butir peluru hidup ketika kereta pacuan empat roda (4WD) miliknya yang dipandu pemilik kedai aksesori kenderaan ditahan dalam sekatan jalan raya, semalam.

Safee berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu pada petang semalam dan telah memberi keterangan kepada pihak polis selain turut menegaskan bahawa senjata api berkenaan bukan miliknya.

"Saya terkejut apabila diberitahu mengenai penemuan pistol itu dalam kereta saya dan diminta untuk beri keterangan bagi membantu siasatan.

"Kes ini masih dalam siasatan dan barang kes yang ditemui memang bukan milik saya dan saya tiada kena mengena dengan suspek," katanya.

Katanya, beliau menghantar kenderaan miliknya jenis Ford Ranger di sebuah kedai aksesori sebelum berangkat ke Kuala Lumpur bagi perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung pada Sabtu lalu.

"Sebelum ini saya menghantar kereta itu di sebuah kedai aksesori sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.

"Ini kali pertama saya hantar kereta ke kedai itu dan saya datang ke sana sebagai pelanggan dan langsung tidak mengenali suspek. Sepatutnya saya ambil semula kereta itu pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara selepas beliau memberi keterangan berhubung kes berkenaan, petang tadi.

Katanya, kenderaannya masih ditahan sementara oleh pihak polis bagi tujuan pemeriksaan lanjut dan siasatan.

Sebelum itu, suspek berusia 34 tahun ditahan polis ketika sekatan jalan raya berhampiran susur keluar Kempas Lebuhraya Utara Selatan selepas menemui sebuah beg berwarna kuning berisi sepucuk pistol dan kotak mengandungi 30 butir peluru hidup.

Suspek mendakwa menemui pistol dan peluru itu ketika memancing bersama rakannya di Loji Air di Jalan Sungai Tiram-Pasir Gudang dan menyimpan pistol dan peluru berkenaan di kedainya dengan alasan bagi melindungi keselamatannya.

Suspek kini dalam tahanan reman polis bagi siasatan lanjut.

SUMBER
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 12:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: BERITA, Bolasepak, Safee Salee

SIAPAKAH MANUSIA YANG MENERIMA 17 JUTA SEJAK LAHIR..?

Mark Zuckerberg

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pengasas dan CEO Facebook, Mark Zuckerberg menyambut hari lahirnya ke 32 minggu lalu tanpa mengadakan majlis secara besar-besaran.

Kekayaan Zuckerberg kini sudah menjangkau lebih kurang US51.8 billion (RM208 bilion). Ini bermakna seandainya dikira sejak hari pertama beliau dilahirkan, jumlah pendapatan hariannya selama 32 tahun adalah sebanyak US4.1 million (RM17 juta)!

Hasil kekayaan Zuckerberg yang bergantung melalui Facebook yang diciptanya mengatasi Pengasas Microsoft, Bill Gates yang kini berusia 60 tahun.

Mengikut perkiraan, secara purata sepanjang hidupnya selama 60 tahun, jumlah pendapatan harian Gates adalah sebanyak US3.5 million (RM14 juta)

Sepanjang tahun lalu, saham Facebook mencapai kenaikan sebanyak 53 peratus, jauh mengatasi kebanyakan syarikat-syarikat laman sosial seperti Twitter dan LinkedIn.

Selain kaya, usahawan muda ini juga menikmati kebahagiaan dalam rumah tangganya setelah dikurniakan anak pertamanya hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, Zuckerberg dan isterinya tidak cadang memegang saham Facebook buat selama-lamanya. Mereka sebelum ini telah mengumumkan akan derma saham sebanyak 99 peratus bagi menangani sebarang penyakit, membaik pulih sistem pendidikan dan membina masyarakat terjamin

SUMBER
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 10:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DUNIA, facebook, Mark Zuckerberg

Sunday, May 15, 2016

VIDEO WANITA KENCING DALAM LIF VIRAL



HONG KONG - CHINA . Tindakan tidak senonoh seorang wanita membuang air kecil dalam lif memakan dirinya sendiri apabila kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatannya itu tersebar di media sosial.

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, wanita itu kini bukan sahaja menerima kecaman netizen, malah pihak berkuasa turut menggunakan rakaman CCTV untuk mengesan wanita itu dan juga rakannya yang turut berada dalam lif berkenaan.

Memetik laporan sama, ‎wanita itu dikatakan masuk ke dalam lif yang kosong bersama rakan lelakinya dan terus duduk mencangkung membuang air di lantai lif sementara rakannya menunggu di hadapannya.

Sesudah menyelesaikan 'urusannya', lelaki dan wanita tersebut keluar secara tergesa-gesa dari lif.

Insiden tersebut yang mengambil tempat ‎di sebuah pusat beli-belah di bandar besar itu telah mengundang kemarahan orang ramai yang terus menerus menggesa pihak berkuasa mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pasangan tersebut.sumber
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 11:30 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DUNIA

JDT MENANG BOLASEPAK PIALA FA ISYTIHARKAN CUTI


JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor susulan kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

JDT menundukkan PKNS FC, 2-1 dalam aksi perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Kemenangan tersebut sekaligus menamatkan kemarau 18 tahun penguasaan pasukan dari selatan tanah ini iaitu kali terakhir muncul juara Piala FA pada 1998 yang ketika itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II).

Ismail turut memaklumkan kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberi insentif ke atas skuad Harimau Selatan ini atas kejuaraan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata pihaknya mengikut ketetapan cuti peristiwa yang diputuskan Kerajaan Negeri Johor sama seperti sebelum ini

sumber
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 11:20 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Bolasepak, JDT, Piala FA, Sukan

TEAM DUN KUALA SENTUL JOHAN PING PONG PEBANGUNAN WANITA BENTONG



Tahniah diucapkan kepada team Ping Pong Wanita dari DUN Kuala Sentul yang sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlang selepas Karnival Sukan UMNO Pahang di Kuantan baru baru ini.

Kali ini team Ping Pong Wanita DUN Kuala Sentul berjaya menjadi Johan Kejohanan Ping Pong Pembangunan Wanita Bentong.

Syabas kepada semua yang bertungkus lumus mengharumkan nama DUN Kuala Sentul semoga kejayaan mereka akan lebih cemerlang pada masa-masa yang akan datang.





Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 6:56 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DUN Kuala Sentul

FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA:USAHAWAN DIGESA REBUT PELUANG


TEMERLOH - 15/5/2016 - Usahawan wanita digesa merebut peluang perniagaan sempena Festival Wanita Untuk Wanita yang akan bermula dari 19hb Mei sehingga 22hb Mei 2016 yang akan diadakan di Dataran Temerloh Pahang.

Festival Wanita Untuk Wanita ini yang akan berlangsung selama 4 hari ini adalah bertujuan membantu golongan wanita yang meminati bidang keusahawan untuk mempromosikan produk mereka di festival secara besar-besara yang julung kalinya diadakan.

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia,Wanita dan Keluarga Negeri Pahang ketika ditemui menyeru agar semua wanita yang berada di Pahang mahupun di luar Pahang untuk turut serta dalam festival yang diadakan secara besar-besaran dan dianggarkan seramai 250,000 pengunjung akan hadir .

Usahawan wanita perlu menjadikan festival ini untuk meluasakan serta mempromoskan perniagaan mereka melalui gerai-gerai jualan yang ditawarkan kepada peniaga yang berminat,Selain itu pengunjung akan turut berpeluang merebt hadiah cabutan bertuah melebihi RM 100,000 yang ditawarkan selain 19 acara lain turut sama dijalankan bagi memeriahkan festival tersebut.

Pada Festival Wanita Untuk Wanita ini juga akan dilancarkan satu portal perniagaan khusus buat membantu usahawan wanita melalui pengumpulan data,tip perniagaan dan informasi berkaitan perniagaan yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang.

Antara acara lain selain pameran dan gerai jualan ialah .Antara acara menarik Sukan Rakyat,Belon Udara,Ceramah Agama,Feriss Wheel,Pahang Idol,Aspirasi Wanita & Selebriti,Pemeriksaan Kesihatan Pecuma,Cabutan Bertuah,Bolasepak Artis,Senamrobik Zumba,Kenduri Rakyat,Inflatable Games,Lady Biker,Pameran,Pertandingan Bolajaring,Busana Muslimah,Kursus Keusahawana dan Wayang Pacak.

Festival Wanita Untuk Wanita ini mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandra dan Wilayah(KKLW),Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM),Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI),Majlis Perbandaran Temerloh,Institut Piawaian dan Penyelidikan Malaysia(SIRIM),TEKUN Nasional,SME Corp,Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia(MARDI),Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),Majlis Amanah Rakyat(MARA).

Fetival ini juga untuk menghargai golongan wanita yang terlibat dalam perniagaan mahupun yang terlibat dengan pekerjaan lain bertepatan dengan sambutan Hari Guru dan Hari Jururawat yang kebetulan disambut pada bulan ini. sumber






Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 6:09 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ADUN Kuala Sentul, Radio Internet, radio online, Shahaniza Hj Shamsuddin, wanita

TERKEJUT RATUSAN ULAR DALAM RUMAH

Terkejut ratusan ular dalam rumah

UTTAR PRADESH - INDIA . Seorang lelaki terkejut selepas mendapati bukan seekor tapi 150 ekor ular berada di dalam rumahnya.

Pesara pegawai perhutanan, Jitenda Mishra sedang tidur nyenyak apabila tiba-tiba tersedar selepas diganggu oleh bunyi yang pelik dan terkejut melihat dua ekor ular melingkar di sudut biliknya.

Namun, ketika dia cuba mengusir ular-ular berkenaan, dia mendapati lebih 100 ekor ular di atas lantai kediamannya yang terletak di daerah Lakhimpur, Uttar Pradesh.

Jitenda kemudian mengejutkan seluruh ahli keluarganya untuk melarikan diri ke rumah jiran.

Dia bersama beberapa penduduk setempat menghalau kesemua ular-ular tersebut dan melepaskan kembali ke hutan berdekatan.

"Pada mulanya, dua ke tiga ekor ular keluar, tetapi kemudian mendapati ratusan ular yang lain sebelum meminta bantuan jiran mengeluarkan mereka dari rumah.

Jurucakap Perhutanan Sanjay Biswal berkata, mungkin ada beberapa sebab disebalik kejadian ini, dan mungkin salah satunya ialah kerana ia musim ular mengawan.

"Ular cenderung mencari tempat yang selamat untuk mengawan.

"Kami sedang meneliti perkara itu lagi," katanya dipetik Mirror.uk

SUMBER
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 1:10 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DUNIA

Monday, February 29, 2016

PELUANG MENJADI PENYAMPAI RADIO


JENGKA 3 - Belia sekitar kawasan Dun Kuala Sentul berpeluang mengetengahkan bakat masing-masing sebagai penyampai radio amatur menerusi pertandingan mencari bakat baru anjuran Kuala Sentul FM.

Penyampai tetap Kuala Sentul FM, Abdul Malek Ahmad atau DJ MBA berkata, sesiapa yang berbakat sebagai penyampai radio boleh hadir ke konti mereka di Rumah Rakyat Dun Kuala Sentul, Jengka 3 untuk uji bakat.

“Ini merupakan uji bakat berbentuk pertandingan. Sesiapa berminat untuk menjadi penyampai radio, boleh menyertai pertandingan ini bermula hari ini sehingga 10 Julai nanti bagi membolehkan kami mengenal pasti bakat terpendam penduduk di sini,” katanya.

DJ MBA berkata, selain pertandingan mencari bakat baru penyampai radio, pihaknya juga akan mengadakan pertandingan mencipta logo dan slogan Kuala Sentul.

Katanya, pemenang pertandingan itu berpeluang memenangi percutian dua hari satu malam di Awana Genting Resort, selain menjadi penyampai radio sambilan di Kuala Sentul FM.

“Pertandingan ini bertujuan mencari bakat terpendam supaya dapat diketengahkan kepada umum.
Logo terbabit pula akan digunakan untuk menghiasi konti kami dan ketika pelancaran Kuala Sentul FM tidak lama lagi.

“Kedua-dua pertandingan ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Khidmat Dun Kuala Sentul. Terima kasih kepada Adun Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin atas sokongan beliau," katanya.
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 5:15 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DJ, DUN Kuala Sentul, Kuala Sentul Di Hati, Radio, Radio Internet
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Dengarkan dikualasentuldihati.fm

Facebook Badge

Kualasentul dihati fm

Promote Your Page Too

.

.
.

PERMINTAAN LAGU

Song artist:
Song title:
Dedicated to:
Your name:
Your E-mail:

About Me

My photo
Kuala Sentul Di Hati FM
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2016 (19)
    • ▼  May (18)
      • PERLUAS RANGKAIAN WANITA
      • TIPS UNTUK MELANJUTKAN USIA
      • JANDA "HOT" DAKWA DIGANGGU BEKAS SUAMI
      • LAGI PESAWAT MALAYSIA TERHEMPAS
      • #SIDANG DUN PAHANG 207 MENARA KOMUNIKASI BEROPERAS...
      • SIDANG AKHBAR FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA
      • CIKGU SURAYA YANG "MELETOP"
      • CEMAS BAYI DILAHIRKAN DALAM BAS EKPRESS
      • HEBAT ...!REMAJA MALAYSIA MAMPU BELANJA SEJUTA SEH...
      • SENARAI TERKINI MANUSIA TERKAYA DI MALAYSIA
      • DEKLARASI RAKYAT HANYA MEMBAWA MALAPETAKA KEPADA P...
      • PEMAIN BOLASEPAK JDT DISYAKI MILIKI PISTOL..?
      • SIAPAKAH MANUSIA YANG MENERIMA 17 JUTA SEJAK LAHIR..?
      • VIDEO WANITA KENCING DALAM LIF VIRAL
      • JDT MENANG BOLASEPAK PIALA FA ISYTIHARKAN CUTI
      • TEAM DUN KUALA SENTUL JOHAN PING PONG PEBANGUNAN W...
      • FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA:USAHAWAN DIGESA REBUT...
      • TERKEJUT RATUSAN ULAR DALAM RUMAH
    • ►  February (1)
      • PELUANG MENJADI PENYAMPAI RADIO

PING BABAB

MENARIK DI SINI

!-- start -->

JOM SEMBANG


Chat Software

PELAWAT

Histats.com © 2005-2014 Privacy Policy - Te

PELAWAT KS DIHATI FM

Flag Counter
Kuala Sentul di Hati FM. Simple theme. Theme images by rami_ba. Powered by Blogger.