Kuala Sentul Di Hati FM
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts

Tuesday, May 17, 2016

PEMAIN BOLASEPAK JDT DISYAKI MILIKI PISTOL..?

Safee Sali


JOHOR BAHRU - Pemain bola sepak JDT, Safee Sali mengakui terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan sepucuk pistol bersama 30 butir peluru hidup ketika kereta pacuan empat roda (4WD) miliknya yang dipandu pemilik kedai aksesori kenderaan ditahan dalam sekatan jalan raya, semalam.

Safee berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu pada petang semalam dan telah memberi keterangan kepada pihak polis selain turut menegaskan bahawa senjata api berkenaan bukan miliknya.

"Saya terkejut apabila diberitahu mengenai penemuan pistol itu dalam kereta saya dan diminta untuk beri keterangan bagi membantu siasatan.

"Kes ini masih dalam siasatan dan barang kes yang ditemui memang bukan milik saya dan saya tiada kena mengena dengan suspek," katanya.

Katanya, beliau menghantar kenderaan miliknya jenis Ford Ranger di sebuah kedai aksesori sebelum berangkat ke Kuala Lumpur bagi perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung pada Sabtu lalu.

"Sebelum ini saya menghantar kereta itu di sebuah kedai aksesori sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.

"Ini kali pertama saya hantar kereta ke kedai itu dan saya datang ke sana sebagai pelanggan dan langsung tidak mengenali suspek. Sepatutnya saya ambil semula kereta itu pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara selepas beliau memberi keterangan berhubung kes berkenaan, petang tadi.

Katanya, kenderaannya masih ditahan sementara oleh pihak polis bagi tujuan pemeriksaan lanjut dan siasatan.

Sebelum itu, suspek berusia 34 tahun ditahan polis ketika sekatan jalan raya berhampiran susur keluar Kempas Lebuhraya Utara Selatan selepas menemui sebuah beg berwarna kuning berisi sepucuk pistol dan kotak mengandungi 30 butir peluru hidup.

Suspek mendakwa menemui pistol dan peluru itu ketika memancing bersama rakannya di Loji Air di Jalan Sungai Tiram-Pasir Gudang dan menyimpan pistol dan peluru berkenaan di kedainya dengan alasan bagi melindungi keselamatannya.

Suspek kini dalam tahanan reman polis bagi siasatan lanjut.

SUMBER
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 12:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: BERITA, Bolasepak, Safee Salee

Sunday, May 15, 2016

JDT MENANG BOLASEPAK PIALA FA ISYTIHARKAN CUTI


JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor susulan kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

JDT menundukkan PKNS FC, 2-1 dalam aksi perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Kemenangan tersebut sekaligus menamatkan kemarau 18 tahun penguasaan pasukan dari selatan tanah ini iaitu kali terakhir muncul juara Piala FA pada 1998 yang ketika itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II).

Ismail turut memaklumkan kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberi insentif ke atas skuad Harimau Selatan ini atas kejuaraan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata pihaknya mengikut ketetapan cuti peristiwa yang diputuskan Kerajaan Negeri Johor sama seperti sebelum ini

sumber
Posted by Kuala Sentul Di Hati FM at 11:20 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Bolasepak, JDT, Piala FA, Sukan
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Dengarkan dikualasentuldihati.fm

Facebook Badge

Kualasentul dihati fm

Promote Your Page Too

.

.
.

PERMINTAAN LAGU

Song artist:
Song title:
Dedicated to:
Your name:
Your E-mail:

About Me

My photo
Kuala Sentul Di Hati FM
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2016 (19)
    • ▼  May (18)
      • PERLUAS RANGKAIAN WANITA
      • TIPS UNTUK MELANJUTKAN USIA
      • JANDA "HOT" DAKWA DIGANGGU BEKAS SUAMI
      • LAGI PESAWAT MALAYSIA TERHEMPAS
      • #SIDANG DUN PAHANG 207 MENARA KOMUNIKASI BEROPERAS...
      • SIDANG AKHBAR FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA
      • CIKGU SURAYA YANG "MELETOP"
      • CEMAS BAYI DILAHIRKAN DALAM BAS EKPRESS
      • HEBAT ...!REMAJA MALAYSIA MAMPU BELANJA SEJUTA SEH...
      • SENARAI TERKINI MANUSIA TERKAYA DI MALAYSIA
      • DEKLARASI RAKYAT HANYA MEMBAWA MALAPETAKA KEPADA P...
      • PEMAIN BOLASEPAK JDT DISYAKI MILIKI PISTOL..?
      • SIAPAKAH MANUSIA YANG MENERIMA 17 JUTA SEJAK LAHIR..?
      • VIDEO WANITA KENCING DALAM LIF VIRAL
      • JDT MENANG BOLASEPAK PIALA FA ISYTIHARKAN CUTI
      • TEAM DUN KUALA SENTUL JOHAN PING PONG PEBANGUNAN W...
      • FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA:USAHAWAN DIGESA REBUT...
      • TERKEJUT RATUSAN ULAR DALAM RUMAH
    • ►  February (1)

PING BABAB

MENARIK DI SINI

!-- start -->

JOM SEMBANG


Chat Software

PELAWAT

Histats.com © 2005-2014 Privacy Policy - Te

PELAWAT KS DIHATI FM

Flag Counter
Kuala Sentul di Hati FM. Simple theme. Theme images by rami_ba. Powered by Blogger.