Tuesday, May 17, 2016

CEMAS BAYI DILAHIRKAN DALAM BAS EKPRESS

LANCHANG 16 MAY 2016. Seorang wanita dalam linkungan 20-an menempuh detik cemas apabila melahirkan bayi perempuan di dalam sebuah ekspres di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. NSTP/IHSAN PEMBACA

Seorang penumpang wanita berusia lingkungan 20-an selamat melahirkan bayi perempuan dalam sebuah bas ekspress di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Lancang, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Difahamkan, wanita terbabit menaiki bas berkenaan bersama seorang rakannya untuk bertemu suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur.

Memetik laporan BH Online!, pemandu bas berkenaan, Mohd Zaid Yusoff, 37, berkata bas dipandunya bertolak dari Terminal Sentral Kuantan ke KL pada 7.45 pagi tadi.

Sebaik sahaja tiba di Lanchang, dia dimaklumka terdapat seorang wanita di dalam bas itu sakit sebelum memberhentikan kenderaan di tepi lebuh raya bagi melihat keadaan wanita terbabit.





“Wanita terbabit memberitahu perutnya sakit dan ketika itu baru saya menyedari dia mengandung apabila melihat keadaan perutnya yang besar.

“Saya mengambil bantal untuk untuk dialaskan di kepalanya dan tidak sampai lima minit wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan sambil dibantu beberapa penumpang yang lain,” katanya.

Mohd Zaid kemudian meneruskan perjalanan hingga ke hentian sebelah Lancang sebelum sebelum ambulans tiba dan membawa ibu serta bayi itu untuk menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

HEBAT ...!REMAJA MALAYSIA MAMPU BELANJA SEJUTA SEHARI DILUAR NEGARA

Pelajar M'sia 'Jutawan' Belanja Hampir RM1 Juta Sehari Di Butik

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia di Australia yang menerima wang A$4.6 juta (RM13.8 juta) daripada bank secara tidak sengaja, didakwa telah membelanjakan wang itu untuk membeli tas tangan berjenama, pakaian, barang kemas dan penyedut hampagas mewah.

Sydney Morning Herald pada Ahad mengeluarkan senarai panjang transaksi pembelian yang dilakukan Christine Jiaxin Lee, 21, selepas bank Westpac memberi overdraf bank tanpa had ke dalam akaunnya tanpa sengaja.

Menurut dokumen mahkamah, pelajar Kejuruteraan Kimia itu telah berbelanja AS$310,000 (RM930,000) dalam masa sehari sahaja di lima buah butik berjenama.

Lee dikatakan telah diberi overdraf tanpa had apabila dia membuka akaun bank dengan Westpac pada bulan Ogos 2012 tetapi hanya menyedari perkara tersebut pada Julai 2014.

Sejak tarikh itu, dia telah menghabiskan sejumlah A$4.6 juta (RM13.8 juta) dalam beratus-ratus transaksi untuk membeli pakaian berjenama dan beg tangan mewah dalam tempoh 11 bulan seterusnya tinggal di sebuah pangsapuri elit di Sydney, Australia.

Dalam dokumen itu, Westpac menggariskan 79 barangan dan 50 transaksi perniagaan yang dipercayai dibuat melalui overdraf, dan dikatakan banyak lagi transaksi yang belum dapat dikesan setakat ini.

Antara pembelian barangan mewah yang direkodkan adalah 16 buah tas tangan Christan Dior, 4 tas tangan Hermes, 13 selendang Hermes, 2 telefon pintar, 3 kamera digital, beberapa biji bantal bulu kambing jenama Chanel dan sebuah penyedut hampagas Dyson.


Berdasarkan senarai yang dikumpulkan daripada transaksi pembelian dalam kedai, Lee telah membelanjakan A$716,640 (RM2.1 juta) di Christian Dior, A$249,050 (RM747,150) di Chanel dan A$48,055 (RM144,165) di Hermes antara Januari dan April tahun lalu.

Pada mulanya dia dilaporkan hanya menggunakan akaun PayPal untuk membeli barangan secara online tetapi akhirnya memindahkan wang ke akaun bank lain dan menggunakannya untuk berbelanja secara mewah sebanyak 20 kali pada awal tahun 2015, dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah A$1.2 juta (RM3.6 juta).

Lee ditahan di lapangan terbang Sydney minggu lalu selepas menerima pasport kecemasan untuk terbang pulang ke Malaysia.

Dia didakwa kerana mendapatkan manfaat kewangan dengan penipuan secara tidak jujur dan sengaja berurusan dengan hasil jenayah.

Majistret Lisa Stapleton membela tuduhan terhadap Lee, dengan menyatakan bahawa dia tidak melanggar undang-undang.

Walau bagaimanapun, Lee dilaporkan telah berulang kali cuba mengelak daripada bank, polis dan mahkamah sebelum penahanannya.

Pada April 2015, Westpac menyedari kesilapan mereka dan segera membekukan akaun Lee serta memberi notis mahkamah di mana dia kemudiannya menyerahkan 27 barangan mewah bernilai kira-kira A$1 juta (RM3 juta).

Mahkamah Agung Australia kemudian mengeluarkan perintah membenarkan Westpac menyita sebarang aset untuk membayar balik baki hutang dan selepas tujuh percubaan menghubunginya, Lee diberi satu notis bankrap dan saman oleh Mahkamah Persekutuan namun Lee tidak hadir di mahkamah dan dilaporkan hilang dari apartmennya.

Polis kemudian mengeluarkan waran penahanannya pada Mac, iaitu pada tarikh hampir sama Lee memohon pasport kecemasan seterusnya ditahan di lapangan terbang.

SENARAI TERKINI MANUSIA TERKAYA DI MALAYSIA

kuok


Robert Kuok kekal individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut, dengan aset bersih bernilai US$10 bilion.

Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia, meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia, selain menerusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.

Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat kedua, dengan kekayaan bernilai US$2.3 bilion hingga US$7.4 bilion.

Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang tinggi.


Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas, selepas Netflix memasuki negara pada Januari.

Tan Sri Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga, walaupun aset bersihnya menyusut kepada US$300 juta, berbanding US$5.3 bilion sebelum ini.

Hong Leong Co. (Malaysia) miliki peribadinya, mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.

Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar US, 2016 merupakan tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia.

Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan, manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan berkaitan industri terbabit.

Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi.

Tahun lepas, aset bersih beliau bernilai US$1.55 bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh, selepas penjual jualan singkat yang tidak dikenali berkata, syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis mengumumkann keputusan kewangan lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya.

Walaupun dakwaan ini dinafikan, namun ia sudah terlambat.

Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus kepada US$725 juta.

Hanya enam daripada 50 individu terkaya meningkat tahun ini.

Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset bersih berbilion dolar semakin merosot. Tahun lepas, 16 orang memiliki aset berbilion dolar, namun tahun ini hanya 12 individu.

Tan Sri Vincent Tan berada di tempat ke-17, dengan aset US$900 juta, menyertai Goh yang hilang status ‘billionaire’, manakala saudara lelaki Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan US$975 juta.

Di tempat kesembilan, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, dengan aset bersih bernilai separuh daripada yang dimilikinya tahun lepas, sebanyak US$1.45 bilion, susut daripada US$2.9 bilion.

Enam individu yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah Tan Sri Khoo Kay Peng yang memiliki kepentingan besar dalam Laura Ashley Holdings.

Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon naik ke tempat ke-11, dengan aset bernilai US$1.1 bilion, menyertai senarai baru ‘billionaire’, meningkat berbanding US$120 juta tahun lepas.

Lima nama memasuki senarai tahun ini, termasuk Wong Teek Son yang juga terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di tempat ke-40 dengan US$255 juta.

Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia:

1) Robert Kuok US$10 bilion
2) Ananda Krishnan US$7.4 bilion
3) Tan Sri Quek Leng Chan US$5.3 bilion
4) Tan Sri Teh Hong Piow US$4.65 bilion
5) Tan Sri Lee Shin Cheng US$4.6 bilion
6) Tan Sri Lim Kok Thay US$4.55 bilion
7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay US$2.25 bilion
8) Tan Sri Lau Cho Kun US$1.55 bilion
9) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary US$1.45 bilion
10) Tan Sri Surin Upatkoon US$1.15 bilion

DEKLARASI RAKYAT HANYA MEMBAWA MALAPETAKA KEPADA PAKATAN HARAPAN

'Deklarasi rakyat bawa perpecahan Pakatan Harapan'

KUALA LUMPUR - Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa sebaliknya membawa perpecahan kepada Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan berkata, ini terbukti apabila Deklarasi Rakyat yang disertai oleh pemimpin Pakatan Harapan telah menyebabkan parti-parti pembangkang dalam PH berpecah belah.

"‎Deklarasi Rakyat bukan Deklarasi Rakyat sebaliknya Deklarasi Elit ia deklarasi cetek dan cacat...kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad memecahkan kita di mana seorang didaktor diangkat oleh rakyat mana logiknya.

"‎Kehadiran Mahathir juga telah memecahkan kita, PKR pecah dua DAP pecah dua, kita NGO berpecah," katanya dalam Debat Perdana Deklarasi: Mana Pergi Rakyat? di Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina Kuala Lumpur hari ini.

Dakwanya oleh itu, Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa, sebaliknya membawa 'malapetaka' kepada PH.

"Deklarasi rakyat tidak mengubah apa-apa ia hanya menghancurkan kita,"katanya.

Debat Perdana dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membabitkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan; bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan; Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (penyokong Deklarasi Rakyat) sementara bagi pembangkang Deklarasi Rakyat diwakili Aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin

PEMAIN BOLASEPAK JDT DISYAKI MILIKI PISTOL..?

Safee Sali


JOHOR BAHRU - Pemain bola sepak JDT, Safee Sali mengakui terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan sepucuk pistol bersama 30 butir peluru hidup ketika kereta pacuan empat roda (4WD) miliknya yang dipandu pemilik kedai aksesori kenderaan ditahan dalam sekatan jalan raya, semalam.

Safee berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu pada petang semalam dan telah memberi keterangan kepada pihak polis selain turut menegaskan bahawa senjata api berkenaan bukan miliknya.

"Saya terkejut apabila diberitahu mengenai penemuan pistol itu dalam kereta saya dan diminta untuk beri keterangan bagi membantu siasatan.

"Kes ini masih dalam siasatan dan barang kes yang ditemui memang bukan milik saya dan saya tiada kena mengena dengan suspek," katanya.

Katanya, beliau menghantar kenderaan miliknya jenis Ford Ranger di sebuah kedai aksesori sebelum berangkat ke Kuala Lumpur bagi perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung pada Sabtu lalu.

"Sebelum ini saya menghantar kereta itu di sebuah kedai aksesori sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.

"Ini kali pertama saya hantar kereta ke kedai itu dan saya datang ke sana sebagai pelanggan dan langsung tidak mengenali suspek. Sepatutnya saya ambil semula kereta itu pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara selepas beliau memberi keterangan berhubung kes berkenaan, petang tadi.

Katanya, kenderaannya masih ditahan sementara oleh pihak polis bagi tujuan pemeriksaan lanjut dan siasatan.

Sebelum itu, suspek berusia 34 tahun ditahan polis ketika sekatan jalan raya berhampiran susur keluar Kempas Lebuhraya Utara Selatan selepas menemui sebuah beg berwarna kuning berisi sepucuk pistol dan kotak mengandungi 30 butir peluru hidup.

Suspek mendakwa menemui pistol dan peluru itu ketika memancing bersama rakannya di Loji Air di Jalan Sungai Tiram-Pasir Gudang dan menyimpan pistol dan peluru berkenaan di kedainya dengan alasan bagi melindungi keselamatannya.

Suspek kini dalam tahanan reman polis bagi siasatan lanjut.

SIAPAKAH MANUSIA YANG MENERIMA 17 JUTA SEJAK LAHIR..?

Mark Zuckerberg

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pengasas dan CEO Facebook, Mark Zuckerberg menyambut hari lahirnya ke 32 minggu lalu tanpa mengadakan majlis secara besar-besaran.

Kekayaan Zuckerberg kini sudah menjangkau lebih kurang US51.8 billion (RM208 bilion). Ini bermakna seandainya dikira sejak hari pertama beliau dilahirkan, jumlah pendapatan hariannya selama 32 tahun adalah sebanyak US4.1 million (RM17 juta)!

Hasil kekayaan Zuckerberg yang bergantung melalui Facebook yang diciptanya mengatasi Pengasas Microsoft, Bill Gates yang kini berusia 60 tahun.

Mengikut perkiraan, secara purata sepanjang hidupnya selama 60 tahun, jumlah pendapatan harian Gates adalah sebanyak US3.5 million (RM14 juta)

Sepanjang tahun lalu, saham Facebook mencapai kenaikan sebanyak 53 peratus, jauh mengatasi kebanyakan syarikat-syarikat laman sosial seperti Twitter dan LinkedIn.

Selain kaya, usahawan muda ini juga menikmati kebahagiaan dalam rumah tangganya setelah dikurniakan anak pertamanya hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, Zuckerberg dan isterinya tidak cadang memegang saham Facebook buat selama-lamanya. Mereka sebelum ini telah mengumumkan akan derma saham sebanyak 99 peratus bagi menangani sebarang penyakit, membaik pulih sistem pendidikan dan membina masyarakat terjamin

Sunday, May 15, 2016

VIDEO WANITA KENCING DALAM LIF VIRAL



HONG KONG - CHINA . Tindakan tidak senonoh seorang wanita membuang air kecil dalam lif memakan dirinya sendiri apabila kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatannya itu tersebar di media sosial.

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, wanita itu kini bukan sahaja menerima kecaman netizen, malah pihak berkuasa turut menggunakan rakaman CCTV untuk mengesan wanita itu dan juga rakannya yang turut berada dalam lif berkenaan.

Memetik laporan sama, ‎wanita itu dikatakan masuk ke dalam lif yang kosong bersama rakan lelakinya dan terus duduk mencangkung membuang air di lantai lif sementara rakannya menunggu di hadapannya.

Sesudah menyelesaikan 'urusannya', lelaki dan wanita tersebut keluar secara tergesa-gesa dari lif.

Insiden tersebut yang mengambil tempat ‎di sebuah pusat beli-belah di bandar besar itu telah mengundang kemarahan orang ramai yang terus menerus menggesa pihak berkuasa mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pasangan tersebut.sumber